Header AD

Current Account Maybank2U Kena Blocked?

Baru2 ni, maybank2u telah menetapkan syarat ketat untuk urusan akaun online akaun semasa pemilik. Aku tahu pun masa dah terkena blocked! What??! Hahahaha ( ok,sempat gelak lagi kannn akaun kena blocked ). Kenapa kena block? :

**Sebab aku nak transfer some amount melalui online dari Current Account company vivadea ke akaun lain. Ada pulak soalan security  kena jawab kannn.. Dan nak dijadikan cerita aku terlupa, apa jawapan kepada soalan itu. Baru sekali je silap kot? Terus kena blocked?! Haiyaaa... **



Jadi apa penyelesaiannya?? Semestinyalah kena call servis centre 1-300-88-6688 .. So far, servis dari staf maybank memang terbaik! Disebabkan banyak masalah fraud akaun bank online , maybank ketatkan syarat diorang. Cuma yang melecehkan bila melibatkan current account ni korang tak boleh simply secara talian telefon untuk setelkan semuanya. Di sinilah cerita aku bermula:


  1. Call customer service -- dia akan linkkan ke branch tempat buat akaun semasa tu
  2. Aku duk sabah, branch untuk akaun tu kat semenanjung. Jadi cemana?? 
  3. Kena dapatkan access account untuk reset balik sistem akaun
  4. Ada 2 cara untuk dapatkan access number:
  • Berurusan di branch asal (aku kena fly ke sana tapi belum ada masa)
  • Melalui on behalf 3rd party 
  • 3rd party melalui staf branch maybank di tempat korang menetap sekarang (**financial advisor menyarankan tidak menggunakan khidmat 3rd party sebab melibatkan kepercayaan pada staf, so dia bilang in case staf tu tak jujur cemana? Dia ada access no & dia boleh bila2 je errr..paham2 jelah..Lagi2 kalau akaun ko ada puluh juta dalam tu weh
So kesimpulannya , aku kena balik semenanjung ke branch asal untuk uruskan maybank2u aku..Tapi jangan risau, urusan pengeluaran duit tetap boleh dilakukan walaupun akaun online dah diblocked..Nak keluarkan duit cam biasalah pakai cheque. Aku sebenarnya lebih suka online transfer aje..hahah sebab cepat nak buat kerja. Sekian untuk harini..
Current Account Maybank2U Kena Blocked? Current Account Maybank2U Kena Blocked? Reviewed by Dhia Vivadea on 11:43:00 AM Rating: 5

Sponsored ads