Header AD

Perbezaan Material Kain Lycra

inner neck dhia

Untuk wanita2,adik2,kakak2,makcik2 di luar sana. Ramai yang bertanya pada saya material lycra yang bagus. Jadi, di sini saya akan buat perbandingan material lycra ye.Gambar atas tu guna lycra grade A

Material lycra ada banyak jenis antaranya lycra stretchable, lycra nipis, lycra tebal, lycra cotton, etc

Jadi macamana untuk bezakan? Of course cara paling mudah ialah melalui perbandingan harga. Biasanya paling murah sekali ialah lycra nipis..Biasanya harga RM2 /meter..Paling mahal lycra cotton RM28 ke rm50++ ikut tempat dan ikut design serta kualiti.

Jom tengok perbandingan ni :

Lycra Nipis:

  • Nipis/Tembus cahaya
  • Ada juga jenis tebal sikit
  • Biasanya digunakan untuk kain2 alas meja/backdrop @ langsir untuk khemah,pelamin pengantin
  • Murah gila RM2 @ 1.50 per meter ( bodek2 dapatle murah.muehehe)
  • Tak sesuai untuk buat tudung ( aje gila nak buat tudung weh..panas tak bernafas kepala korang nanti..hahah)
  • Material tak serap peluh
  • Stretchable ( tarik la banyak2, nampak macam meregang macam rosak tapi sebenarnya pastu boleh kembali ke bentuk asal semula )
Lycra Cotton

  • Ada banyak grade ( grade A, B, C,etc ikut tempat )
  • Grade A paling bagus untuk buat tudung sebab serap peluh,sejuk dipakai, tahan lama ,etc
  • Kalau Grade C , material macam nipis sikit dan mudah koyak (yela, sebab nipis kan?)
  • Stretchable 2 arah ( maknanya ko tarik kiri or kanan die tetap meregang, kalau 1 je bahagian meregang means kena ada skill tertentu untuk buat tudung yang cantik dan kemas)
  • Material serap peluh 100% terbaik!
  • Harga paling murah 28+ & paling mahal pernah saya beli 50++ ( tengok tempat )
  • Tahan lasak (untuk grade A dan B)
  • Tidak tembus cahaya (kecuali grade C)
  • Grade A kebanyakan dijual di luar Malaysia, tapi kalau nak beli  grade best dan rekaan istimewa dalam Malaysia ada 1 tempat best iaitu di ss2,kelana jaya.
Lycra stretchable

  • Camne nak bezakan? Terutamanya untuk yang tak arif tentang jenis kain, regangkan kain di semua arah, akan ada 1 arah yang tak meregang macam arah lain. So ini salah 1 cara mengenal lycra stretchable
  • Serap Peluh namun hanya 70% anggaran
  • Harga paling murah pernah nampak rm7/meter hingga rm50++
  • Tahan lasak
  • Stretchable 1 arah sahaja
  • Kalau tak tau sangat, boleh tanya terus pada staf jakel.(rekomendasi saya kerana di jakel banyak pilihan berbanding tempat lain).Diorang akan tunjuk anda material2 lycra. 

Ok, ini sahaja buat masa ni.Next time saya akan share material lain pulak ea.. Boleh ikuti post saya yang sebelum ni :



Perbezaan Material Kain Lycra Perbezaan Material Kain Lycra Reviewed by Dhia Vivadea on 10:01:00 PM Rating: 5

Post AD