Header AD

RINGKASAN CERITA MALEFICENT 2014

Rasanya ni 1st time kot, buat review tentang movie kat blog ni..muehehehe.. Harini rasa macam over terlebey sebab ada sesuatu yang saya lihat menerusi filem terbaru MALEFICENT ni.

Serius cakap, filem MALEFICENT sangat ohsemmm!!!

Sebelum tu engkorang tengok  jela Disney's Maleficent - Official Trailer 3 ni.. Fuhh..nak cakap macamana best dan ajaibnya cerita ni,  pun hakak tak taula makcik2 oiii...


Click read more to view


Sumber gambar :google

Sumber gambar :google

Dalam cerita sebegini, di pandangan mata hati saya,ada sesetengah unsur yang memang wujud konsepnya di alam semesta..Indahnya Ya Allah, sangat2 indah sampai tak dapat nak diluahkan dengan kata2..

Mungkin anda rasakan camni "eh apa la yang mak enon cakap ni?? kan dalam movie je..bukan wujud kat dunia nyata.."

Cakapla apapon, nahh saya bagi senyummmmmm untuk engkorang okeyh? :-D

**Niat saya hanya satu, nak beri klu pada engkorang tentang keindahan alam menggunakan mata hati dan fikiran yang gembira dan penuh rasa cinta, sekalipun hanya di dalam movie yang korang rasakan mustahil..Tiada yang mustahil di dunia sebenarnya. Dan bersyukur teramat kepada Allah S.W.T kerana memberi petunjuk di usia muda sebegini (errr muda lagi ke ek?muehehehe) & dengan kehadiran guru2 yang saya kagumi. Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Semoga Allah terus memberi petunjukNya kepadaku.Aaminn..

Jadi apa yang bestnya cerita ni?? Haaa..engkorang tengok la dulu official trailer MALEFICENT 2014

Semuanya berkisar tentang CINTA!! eh bukan cinta antara lelaki perempuan jer yang perlu korang tau..Tapi, cinta sesama manusia/makhluk tuhan yang lain.Kuasa cinta ni luas..LUASSS sangat2 dan hebat! Ehm ehm oklah sampai sini lah hakak cerita tentang keindahan cinta.

RINGKASAN CERITA

Maleficent makhluk bersayap yang duduk di satu kawasan yang didiami makhluk2 ajaib. Kemudian jatuh cinta dengan seorang lelaki (Stefan) yang mana akhirnya dikhianati lelaki tu.Disebabkan rasa tamak untuk mendapatkan pangkat & darjat,Stefan memotong kedua belah sayap MALEFICENT selepas memberi macam ubat tidur kot camtu. Sayap itu sebagai bukti kepada raja kerajaan manusia seolah dia dah bunuh Maleficent. Dan Stefan ditabalkan menjadi raja ,berkahwin dengan anak raja & mendapat seorang anank perempuan. Maleficent pulak dah kehilangan upaya untuk terbang dan kecewa tahap gaban kata kooo...Jadi, masa si Stefan nak raikan kelahiran anak perempuan dia, ada 3 fairies kecik bagi wish untuk baby tu (AURORA) termasuk maleficent.Maleficent mengenakan sumpahan pada usia 16 tahun,Aurora akan tertusuk jari pada mesin tenun dan akan tidur mati.Hanya cinta sejati dapat rungkai sumpahan tu.Nak dijadikan cerita, raja takut dan bimbang, jadi serahkan pada 3 fairies untuk menjaga Aurora jauh dari istana dan jauh dari mesin tenun.Padahal sebaik saja sampai di rumah terpencil, disebabkan kebengongan fairies tu,langsung tak pandai nak jaga budak, MALEFICENT pulak yang jaga senyap2 weh sebab tak sampai hati biar budak tu mati kelaparan pulak nanti..hahaha! Dalam marah2 dia tu,lama2 lembut jugak..Ko gila tak jatuh cinta tengok budak kecik comel macam Aurora?? Disergah bukan nangis tapi ketawa buat muka comel!!! eeee..geremm geremmm je tauuu..

Sampai 1 masa, maleficent macam rasa sayang gila2 kat budak tu dan cuba nak tarik balik sumpahan dia tapi gagal. Dengan kerisauan dan kesedihan , dalam cerita dongeng cinta sejati ialah bila putera hensem ciomm puteri tu pastu bangun la si Aurora..Pehhh, manada main cinta2 camtu dah sekarang..disebabkan kegagalan membangunkan aurora, Maleficent memberi ciuman kasih pada dahi aurora atas rasa kasih dan cinta dia..Dalam lebih kurang 1/2 saat la camtu (eh yeke?hahaha), sumpahan terungkai..Haaa tu la cinta sejati yang diorang cari.

Kalau nak lagi ohsemm korang tengokla animasi filem ni..BEST gilerr!

Dan dan sebenarnya bukan plot cerita tu yang menarik perhatian saya..hahaha.. Saya tertarik pada keindahan dunia ghaib yang penuh sparkling,warna2 bercahaya,konsep energy,alam semesta yang misteri,etc (sempat jugakla saya tutup mata dalam wayang and terasa betul di depan mata dan fikiran semua sparks & energy.Ya Allah cantik sangat!! Habis tengok wayang terus kepala macam kembang semacam dan bukanlah pening tapi kembang..hahahah..tak faham ea? ok takpe,abaikan.situ je saya boleh cerita..heheh)

RUGI TAK TENGOK.. **tak sabar nak tunggu filem LUCY & TRANSFORMERS!!!
RINGKASAN CERITA MALEFICENT 2014 RINGKASAN CERITA  MALEFICENT 2014 Reviewed by Dhia Vivadea on 10:40:00 PM Rating: 5

Post AD