Header AD

HOW TO MAKE EASY FLUFFY PRETZELS ( Resipi mudah buat pretzels )

Hi!! Kalau korang follow facebook personal or instagram diya, mesti korang akan perasan status, "saya suka roti! tapi selalu buat tak jadi bila ikut resipi internet". Haa lebih kurang la ayatnya.

Selalu! Selaluuuu sangat tau bila kite tengok resipi kat internet untuk baking ni tak menjadi!! Huwarghh..sebel sebel sebel!

Then beberapa hari kebelakangan ni , ada ambil 1 resipi dari seorang blogger **tak ingat siapa..sorryy..ehehehe** Resipi tu diya memang tak ikut 100% ,bermakna  kuasa #hakakcomel360 dah modified untuk dapat hasil FLUFFY PRETZELS yang sangat2 lembut,kenyal dan sedapp!!Hahahah! Yeah! Akhirnya wehh!

sumber gambar : http://www.littlespicejar.com/

Dan cara nak buat senang giler vavi punya..Oppss **ayat sensitip cadbury nih..muehehehe..No emo emo okeyh?Yang resipi hakak  ni dijamin lagi sedap dan suci murni bersih nur hidayah blablabla brrr **err hakak ni perli engkorang ke apa?? :-P

Okay resipi untuk buat FLUFFY PRETZELS boleh juga dijadikan dough pizza, roti potong ,bun butter, roti pizza, Donut/doughnut , mini pretzels ,eh semualah yang namanya roti! **kadang engkorang beli donut kat luar selalu jumpa yang keras2 kan? Lepastu makan gerenti tercekikkk keluar batu. hahaha! **eee jahat betul ayat hakakcomel360 ni ek? :-P

Meh buat sendiri & kalau kreatif tahap gaban, engkorang jual la macam BIG APPLE tu, **Dah banyak resipi try tapi yang paling best yang ni lahhhh.ngahaha!

sumber gambar: google

Jom try!

INGREDIENT

  • 1/2 cup milk  
  • 2 teaspoon dry yeast
  • 4 teaspoon sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 1 cups all-purpose flour,
  • 1 teaspoon  butter/olive oil  for greasing
  • 1 tablespoon baking soda
  • 3/4 cup of hot water
  1. Campurkan 2 sudu kecil yeast/ yis dengan sedikit air ( jangan letak air panas ), kacau dan biarkan 5-10 minit untuk yis tersebut berbuih
  2. Sediakan 1 cawan tepung gandum serbaguna dan gaulkan bersama 1 sudu kecil garam.
  3. Campur air susu dengan 4 sudu kecil gula untuk larutkan
  4. Selepas yis dah berbuih2 kecil, campurkan bersama tepung tersebut dan masukkan air susu setengah cawan atau kurang ( biasa diya pakai tak sampai setengah cawan susu segar) . Masukkan air sikit2 tau dan uli tepung sampai jadi tak melekat2 dah.if melekat, engkorang  tambah tepung sikit2 sampai rasa dah tak melekat/senang diuli.Jangan letak banyak sangat tepung, korang agak2 roti tu tak lembik macam jemput2 udahle..hahah
  5. dah siap uli, engkorang tutup dengan kain bersih yang lembab selama 1 jam **selepas 1 jam,tepung yang gebu akan kembang 2 kali ganda dari asal dan bila ditekan dan ditarik2 akan macam kenyal dan gebu kembang**
  6. Lepas 1 jam, korang boleh panaskan oven 180 @ 200 degree sementara nak siapkan bentuk2 pretzel tu
  7. Campurkan suku air panas bersama baking soda **sikit jer sesedap rasa sebab nak sapu atas pretzel sikit2 je.
  8. Bentukkan pretzel ikut suka **contoh gambar bawah
  9. kemudian, baking soda yang dah siap campur air panas tu korang sapu tipis je bahagian atas and bawah pretzel, lepastu serapkan air tu guna kain bersih
  10. Letak topping (parmesan cheese,butter,gula,spaghetti sauce,hotdog,blablabla) ikut suka
  11.  Sapu olive oil atas bekas bakar sebelum letak pretzel 
  12. kemudian masukkan pretzel dalam oven 180/200 degree selama 15 minit
  13. Nanti korang punya roti sangat lembut, gebu, kenyal ,rangup pun boleh if korang bentukkan nipis2
roll tepung jadi panjang kemudian pusingkan macam dalam gambar
tarik ke belakang
hehehe comot tapi comel macam hakakcomel360 **eh??


HOW TO MAKE EASY FLUFFY PRETZELS ( Resipi mudah buat pretzels ) HOW TO MAKE EASY FLUFFY PRETZELS ( Resipi mudah buat pretzels ) Reviewed by Adzril KS on 8:02:00 PM Rating: 5

Post AD