Header AD

TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 3 ( WAY FOR PREGNANCY)


Assalamualaikum

Alhamdulillah 6w...Doakan kami sihat sempurna dan selamat sehingga EDD nanti yer :)

Post entry ke2 Diya rasa sedih bila doc cakap kena keluarkan kalau tak membesar.. Risaunya memang super hebat lah kannn..Sebab tu tak berapa layan kawan2,emosi terlebih,bla bla bla.Semuanya kerana fikirkan tentang baby larh sebenarnya..Harap semua memahami keadaan masa tu. (sorry guys)

Tapi husband keep on bagi semangat ( TQ sayang ) and kami cuba positifkan diri & selepas solat Diya akan pastikan diya baca doa Surah Al Hijr: 97,98,99 & Surah An Nahl:78 (untuk kuatkan kandungan)..Banyak berdoa pada Allah.. 

Takda sesiapa pun tahu tentang ni sebab saya jenis malas nak cerita masalah kat orang. Tau2 je kalau Diya mengamuk tak tentu pasal maknanya memang ada la tu 'something wrong' . Dan termasuklah sebenarnya taknak tertekan dengan bisnes. Jadi, Diya stopkan production Vivadea untuk design baru kecuali customade design. Sebab nak rehat tapi kerja jalan jugak.. Bukan tak jalan..Cuma slow sedikit & akan mula aktif selepas 4 bulan usia kandungan.

Diya decide untuk jumpa Dr Yaw ( klinik dr tey) semula pada 12/10/13 sebab hati ni risau selagi tak dapat confirmation wehhh... First time checkup dengan husband and doc cakap baru 6 minggu! Ok..Masa tu dah gembira dan yakin lah kan..Walaupun sebelum cek tu Diya kerap sakit perut macam nak cirit birit ( research kat tenet sebab baby baru nak melekat) dan ada sekali je yang sakit perut macam senggugut selepas mengemas rumah ( fuhh memang tobat takmo dah ngemas wehh ).. Sakit sangat2 and berkurang selepas sapu air dengan bacaan selawat. Alhamdulillah semuanya ok.

Terima Kasih atas rezeki yang ALLAH berikan..Doakan Diya dan kandungan sihat sempurna dan selamat sehingga EDD ye. Saya tahu ramai lagi yang kat luar sana belum ada rezeki untuk mendapat anak..Tambahan tekanan daripada orang sekeliling yang pot pet macam ape je kannn...Tapi takpe, Uolls stay positif , jangan fikir tentang orang, fikir diri sendiri je lagi bagus. Saya berkongsi apa yang usaha telah kami lakukan untuk dapatkan baby ( ingat senang ke nak buat anak weh???! ) Walaupun period teratur pun belum tentu mudah nak buat anak.Sebab terlalu kompleks masalah dalaman pada wanita yang orang ramai tak tahu...Semuanya terletak pada kehendak Allah.Yang penting jangan berhenti berdoa dan memohon pertolongan Allah yang Maha Berkuasa.

Pesan saya, kalau nak pergi berurut, PASTIKAN anda berurut dengan bidan yang betul2 mahir..Bukan tukang urut biasa. Biasanya orang lama2 yang mahir bab2 perbidanan ni. Kalau uolls nak try berurut di area Pagoh,Muar... Diya tak ingat alamat penuh tapi dekat area tulang gajah menghala ke kepong/segamat lalu paya redan.Kalau dari tol pagoh, uolls pergi lalu pekan pagoh, paya redan, nak menghala bukit kepong tu akan ada simpang ke kanan kampung tulang gajah. No hp nenek Sumirah ( 019-780 6648). Dah ramai berurut dengan nek sumirah ada yang datang dari jauh. Apapun usaha je..Mungkin ada masalah dalaman yang doc tak nampak tapi bidan boleh tahu. Sebarang pertanyaan emel je Diya kat vivadea.hq@gmail.com. Diya akan tolong yang termampu untuk tunjuk arah rumah nek Sumirah ye.

Ok ini sahaja post tentang cara untuk hamil dari saya.Doakan kesihatan kami tau ^_^





TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 3 ( WAY FOR PREGNANCY) TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 3 ( WAY FOR PREGNANCY) Reviewed by Dhia Vivadea on 11:10:00 AM Rating: 5

Sponsored ads