Header AD

TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 1 ( WAY FOR PREGNANCY)

ASSALAMUALAIKUM




Alhamdulillah.bersyukur sangat pada Allah atas rezeki yang Dia telah berikan pada saya dan family. Allah Maha Besar,Maha Berkuasa,Maha Bijaksana dalam merancang segala sesuatu.Entry post sebelum ni Diya ada selit sedikit cerita tentang saiz ovum untuk hamil kan?

Saya ni tak mahir bab2 medic ni.( ni kalau ada doc baca blok haku ni mesti kena gelak,wakakak ).Tapi Diya akan kongsi apa yang Diya dapat dengan semua orang. Entry post sebelum ni sebenarnya masa tu Diya masih dalam proses untuk hamil di pakar sakit puan Muar.(Tey Maternity Speacialist & Gynae Centre ).

Treatment bermula kalau tak silap sejak akhir bulan 4. Untuk makluman sejak dari akhil baligh period Diya memang tak teratur.Tapi selepas berkahwin, period lebih baik dari sebelum kahwin. Jadi selepas 2 tahun usia perkahwinan Diya dan suami membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat pakar untuk hamil dan cek sekiranya ada masalah pada rahim dan bahagian dalaman Diya.

So far, alhamdulillah Diya tiada masalah langsung. Rahim ok, tiada cyst atau ketumbuhan,semuanya dalam keadaan baik. Cuma mungkin belum rezeki dan faktor saiz telur yang mendatangkan masalah. 

Jadi untuk 1st treatment, doc bagi makan ubat ape entah untuk bagi period datang kemudian cek saiz telur. 1st cek telur banyak tetapi tak matang. So, kena makan clomid 2 biji 5 hari dan ubat2 lain total RM130. 

2nd. 2/5/13 130 cek tiada telur,  kena makan clomid 3 biji 5 hari,glucophage,ubat hormon,primetil,etc (tak ingat kos berapa)

3rd. 22/6/13 cek telur besar 14-15mm makan glucophage 30biji,ubat hormon 1/2 biji, primetil (ubat pening),ubat hormon biru kos RM100.Masa ni doc nak bagi telur tu besar lagi at least 18mm. So Diya ikutkan jela kan.

4th. 27/6/13 cek telur matang 18mm - makan ubat ultrogestan bantu telur pecah,suntikan di perut kos RM190  dan doc bagi panduan untuk masa bersama hari ke 14 jam 4am-12 tghari hari ke 15..pastikan bersama selang sehari. 

29/6 hari ke 14

8 hari selepas 29/6 breast tegang dan sakit, perut macam tegang,at last muntah.kerap kencing

dua minggu pertama nak muntah tanpa keluar isi muntah pagi2,bawah perut sakit, tapi rupanya tanda nak period. Masa tu macam fikir..ok...usaha makan ubat tak menjadi jugak. Positifkan diri belum rezeki (walaupun sebenarnya kecewa teramat dan selalu bincang dengan husband kenapa jadi macamni sedangkan semuanya takda masalah)

Jumpa doc Yaw die mencadangkan buat IUI. Masa tu Diya dah fikir taknak buat IUI (kalau nak buat pun lepas habis belajar) sebab nak fokus pada study and bisnes. Yela sebab dah usaha tapi belum rezeki memang frust wehhh...Kos habis lebih kurang RM1k ++ total. Tapi Diya tak kisah tentang kos tu pun.Cuma redha jela belum rezeki. T_T

Sambung cerita kat Part 2 yer....
TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 1 ( WAY FOR PREGNANCY) TRADISIONAL VS MODERN TREATMENT PART 1 ( WAY FOR PREGNANCY) Reviewed by Dhia Vivadea on 9:53:00 AM Rating: 5

Post AD