Header AD

Saiz Telur (ovum) yang sesuai untuk pasangan yang ingin hamil

Hello ladies...
onyonyo..nak baby mata biru boleh tak?hahaha
Sebenarnya nak share sedikit info untuk korang tentang cara untuk hamil ni. Saya tahu masih ramai lagi di luar sana belum dikurniakan rezeki anak. Dahla diri sendiri tertekan, orang sekeliling pulak asyik tanya 'bila nak dapat baby' ,' apela ko ni tak pandai blablabla' ' bila lagi ada?' dan seterusnya. Peh kalau sekali tanya boleh terima. Tapi kalau dah kerap tanya ( 2x dan keatas) wanita mana yang tak menyirap? Betul tak? Orang sekeliling tau tanya tapi tak tau jaga perasaan yang ditanya dan menambahkan lagi tekanan wanita tersebut. 

Rezeki tu Allah yang beri. Untuk pengetahuan anda tak semestinya period anda teratur anda boleh hamil ye.Dan tak semestinya period tak teratur anda sukar hamil.Jangan terlalu yakin dengan diri sendiri sehingga memandang enteng pada orang lain.Ada macam2 masalah dalaman wanita yang kita tak tahu dan kena rujuk pada pakar.(Diya tak berani ambil ubat tanpa pantauan pakar) Hanya cepat atau lambat itu rezeki dari tuhan. Kita hanya usaha dan berserah pada Allah..okay?! ^_^

Post yang ni Diya hanya nak cerita saiz telur yang sesuai untuk disenyawakan. Saya tau daripada doctor..takda orang nak bagitau melainkan kita tanya sendiri.kan2? hahaha!

Dokter yang Diya jumpa mengatakan saiz yang betul2 matang untuk disenyawakan ialah 18mm.. 18 mm ni dah cukup baik untuk disenyawakan..hehehehe...Tapi, hasil perbincangan dengan kawan2 berpengalaman pula saiz 8mm pun boleh pregnant. Ini keajaiban yang tuhan beri. 

Masa 1st cek haritu 16mm, 2nd time check  alhamdulillah saiz telur 18mm. ekceli macam ada nampak 3 ke lebih telur besar2..hahaha! Tapi almaklumlah, diya bukannya dokter.Jadi tak tahu sangat lah kann.. :-P

Siap dokter bagitau date  dan masa sekian2 untuk bersama. Maaflah kat blog ni diya memang open mind hal2 macamni sebab apa? Sebab bukan senang nak dapat info2 macamni ye.

Kalau dah usaha tapi belum ada rezeki jangan putus asa sebab masalah kita dah atasi dan masalah tu bukan lagi berpunca dari diri pasangan dan anda sendiri. cuma mungkin Allah belum nak bagi rezeki anak pada wanita2 lain di luar sana.

Next post Diya akan cerita part yang lain pulak ye..Tengah nak tunggu hasilnya ni.Doakan diya dan suami..hikhik..(Walaupun suami duduk jauh dan kitorang sangat jarang dapat jumpa,usaha tetap usaha. selebihnya serah kat tuhan)

InshaAllah. Kunfayakun.



Saiz Telur (ovum) yang sesuai untuk pasangan yang ingin hamil Saiz Telur (ovum) yang sesuai untuk pasangan yang ingin hamil Reviewed by Dhia Vivadea on 10:15:00 PM Rating: 5

Post AD