Header AD

Cara untuk psiko orang mulut jahat


Subhanallah,Astaghfirullahalazim....

Bila tengok status fb orang yang mengutuk2,memaki, memang sangat panas hati tapi kitorang bukan jenis macam diorang..kutuk sana sini atau bersikap kurangajar ..takdanya nak cerita canang dengan orang sana sini.Apa yang takpuas hati paling2 hanya akan bercerita dikalangan famly sendiri. Dari dulu akan berdiam diri lantakla orang nak cakap apa,nak fitnah ke,ada orang yang sengaja melagakan ke,ada orang saja perdajal ke sampai orang lain salah faham pada kitorang.(sampai rasa macam kitorang ni terlalu bermurah hati dan berlembut sebab tak ambil apa2 tindakan utk pertahankan kebenaran)

Tapi itu yang terbaik sebabnya kalau jadi macam diorang nanti akan jadi orang 'mental' pulak.Ooopss.

Cara saya psiko orang ialah berdiam diri ..hahah! Lama2 nanti orang tu sakit sendiri,sakit hati,tekanan perasaan,blablabla.Buang masa layan benda2 camtu kat dunia ni.Ada banyak lagi benda penting yang nak dikejar.Bukan asyik kejar mulut dan kata2 orang je beb.

Cara lain ialah dengan memulaukan golongan2 manusia jenis tak berguna macamtu.Buat apa nak difikir sangat tentang apa yang diorang dok sibuk perkata atau fitnah..Usah peduli sebab yang sakit jiwa ialah orang tersebut di kemudian hari nanti.hahahah!

Percayalah setiap kata2 yang keluar dari status fb anda melambangkan keperibadian anda sendiri. Mungkin boleh menipu untuk seketika tapi akhirnya belang sebenar akan terkeluar jugak wehh. 

Kalaulah manusia2 tersebut sedar akan tanggungjawab mereka di dunia yang sebenar ni, dijamin mereka tak akan membazir masa dengan perkara2 yang tak berfaedah. Semoga saya dan famly tergolong dalam golongan yang diredhai Allah di akhir nanti. ^_^

Sekian....

Ini gambar kamu wahai bad stalker! hahaha!

Cara untuk psiko orang mulut jahat Cara untuk psiko orang mulut jahat Reviewed by Dhia Vivadea on 9:45:00 PM Rating: 5

Post AD