Header AD

Sabah- Pulau Manukan

Assalamualaikum semua...

Harini dengan senang hatinya , saya nak share experience masa g Pulau Manukan Sabah. First sekali kitorang tunggu boat kat Jesselton Point. Jesselton Point ni cantik tau. Sesuai untuk bridal fotografi or fotografi apa2 jek sebab environment yang tersangat cantikk okek!! huhu

kesian saya kena bawak banyak barang..isk2 :(


with shasha
Kos nak naik bot + rental for snorkelling + tax untuk 2 Orang dalam anggaran RM 80+ jer..kalau nak naik banana boat RM25/ pax, Para Sailing rm 140++ kalau tak silap saya la *_*

Masa pergi naik bot orang bot tu bawak sederhana kelajuan la..Tapi masa balik perh..laju gila dia bawak..nyesal dok bahagian tepi habis baju kena tempias air laut..waaa :'( husband plak dok gelakkan ..grrr~

baru je sampai kat pulau manukan, jangan berhenti kat pulau lain pulak tau..hihi
Ingatkan pulau yang ada kat Sabah ni 2-3 pulau jek.Sekali odw pergi ada banyak daaa...Katanya Pulau Sipadan paling cantik tapi bahaya sebab ada lanun..geram la ngan lanun ni..sibuk jek nak dok situ..>.<

Pastu tax bukan masa kat JP- jesselton Point jek . masa nak masuk kat pulau ni pun ada tax daa...tapi tak mahal sangatla..RM3 kot rasanya. 
Sampai2 je kat Pulau Manukan kebetulan air tengah pasang, so saya dengan jakunnya pergi main air kat atas jambatan yang dinaiki air tu.Boleh x? erk..^_^ paras atas peha jugakla air tu. Kira dalam la jugak tapi kena hati2 sebab licin & takda apa2 halangan di tepi jambatan. So dengan senangnya boleh terjatuh or berjumpa ikan2 comel..Kalau ada ikan comel jek..Buatnya ada ikan Tak Comel??? hahahah.. dun worry.. so far takde yang menakutkan.



ikan comel

keadaan masa air tengah surut
Then lepas da setel nak bayar itu ini, kitorang cari port nak letak barang semua. Believe me port paling hujung air lagi jernih tapi macam tak ramai jek ke situ. Mungkin sebab tak berada dalam kawalan penjaga pantai kot. Sebab ada ternampak amaran berenang atas tanggungjawab sendiri..Hahahha..So pandai2 la ye.

Experience masa snorkelling tu susah nak digambarkan dengan kata2. rasa macam dalam akuarium pun ada..heheh..Antara yang ada gamat yang besar gilerr & lembik ~ geli dowh.., ikan bawal cermin, ikan besar warna warni ape entah namanya, ikan nemo comel, bla bla bla..Boleh refer gambar di bawah.




Seriusly masa snorkelling tu saya tak mo jejak lantai laut langsung sebb bila tengok kat dalam ada macam2, ada batu karang, ada gamat. So takut terpijak somethin, sangat  geli okek! @_<

me n my sayang
snorkelling tak ingt dunia
rehat jap pas mandi, rambut saya sangat keras okek lepas habis snorkelling
p/s~ satu perkara yang buat saya tersedar , saya bersyukur dikurniakan penglihatan sebab saya boleh lihat macam2 keindahan ciptaan tuhan yang tiada tolok bandingan walaupun keadaan tu dirakam menggunakan kamera wutsoeva. Pandangan melalui mata lebih cantik dari segalanya

Jom jenjalan lagi kat pulau- next destination
Sabah- Pulau Manukan Sabah- Pulau Manukan Reviewed by Dhia Vivadea on 4:16:00 PM Rating: 5

Sponsored ads