Header AD

Tips Perkahwinan - Apa nak buat?

Saya start buat  wedding preparation december 2010..Means 5 bulan sebelum tarikh bahagia..Sekejap giler kan? Jom tengok apa yang saya buat setiap bulan.Tapi saya nak jelaskan tentang kursus kahwin dahulu

Kursus kahwin boleh ambil bila2 yang korang nak tapi janganla lambat sangat nanti kelam kabut..

boleh rujuk di SINI untuk prosedur kursus kahwin.

Selepas habis kursus, Ujian HIV perlu dilakukan di mana2 klinik kerajaan. Nanti klinik akan bagi hasil ujian kalau tak silap kaler kuning kot. Semasa di pejabat kadi, sijil kursus kahwin dan Ujian HIV diperlukan untuk melengkapkan borang permohonan berkahwin/nikah.

Selepas tu boleh pergi pejabat kadi untuk rujukan lanjut..Diorang akan bagitahu apa yang diperlukan dan tempoh masa untuk menyiapkan. 

Sila rujuk :
1-PROSEDUR permohonan perkahwinan/NIKAH bagi perempuan di SINI
2-PROSEDUR Permohonan perkahwinan/NIKAH bagi lelaki di SINI

Ok jom proceed to the preparation:

5 bulan sebelum akad

-Seeloknya pilih HUJUNG TAHUN untuk beli barang2 hantaran sebab masa tu lah MEGA SALE..heheheh..December  bulan yang sesuai untuk sakan membeli belah. Bulan tu saya beli semua barang hantaran perempuan dan lelaki bersama2 tunang ( masa tu )

4 bulan sebelum
-Saya start memilih mekap artis- booking awal sebab biasanya susah nak dapatkan mak andam last minit
-start membeli bekas hantaran
-Beli hiasan hantaran - hiasan lelaki dan perempuan boleh rujuk di SINI
-baju saya dah tempah awal
-berjumpa dengan owner kanopi khemah
-menempah servis hiasan di tempat makan berdamai
-Start menyiapkan pelamin ( saya buat sendiri tats why buat awal..korang xpayah fikir banyak, tempah kat orang & diorang akan datang seminggu sebelum majlis untuk siapkan semuanya )
- makanan semua diuruskan family.

2 bulan sebelum

- Lengkapkan borang permohonan nikah..
- Pejabat kadi ( amik borang nikah )--> Mintak sain saksi, wali,pengakuan bermastautin, ujian hiv, salinan ic bakal pengantin, ic wali, salinan sijil kursus kahwin, sertakan sekali borang permohonan lelaki yang dah lengkap, lengkapkan apa yang dikehendaki dalam borang --> Jumpa tok imam yang akan menikahkan--> Tok imam akan menyimpan borang2 tu & bawa masa nak nikah nanti.
-SETEL

1 bulan sebelum

-Saya siapkan jahit manik pada 3 berlainan baju selama 3 minggu ( yang da tempah kat orang tak payah fikir dah, relek jek )

2 minggu sebelum
- Memastikan barang hantaran dah diletak di atas bekas hantaran ( Boleh hias sikit2, kalau yang tak guna fresh flower better hias 3 minggu awal k )

1 Minggu sebelum

-Pelamin dah siap
-Baju dah tersedia
- Khemah pastikan dah dipasang 3 hari awal sebelum majlis
- Tiada apa2 masalah tentang makanan untuk majlis
- Hantaran dah siap ( untuk yang tidak menggunakan fresh flower )

6 JAM sebelum akad
Menghias fresh flowers atas hantaran ( kalau orang lain buat jangan fikir dah, pengantin GI TIDO )

Last IS AKAD NIKAH & selesai semuanya 

ALHAMDULILLAH...^_^



Tips Perkahwinan - Apa nak buat? Tips Perkahwinan - Apa nak buat? Reviewed by Dhia Vivadea on 10:40:00 AM Rating: 5

Post AD