Apa ada kat masjid India?

Fuhh semalam memang penat gilerss dok servey barang2 kahwin…baru kat kawasan masjid india je tuh.tapi alhamdulillah da beli barang2 untuk persalinan sanding. Nak tau tak? saya dapat harga kain Dutchess Yang murah.(YES!Finally) RM25 semeter.Kain dutchess kalau kat luar memang mahal.Kat jakel je dah RM45 semeter. Fuhh memang save budget beratus jugak da ni. Nanti mesti orang akan tanya( kenapala kau ni menyusahkan diri beli barang kahwin nadia?? Kalau sewa je kan senang. Siap semua….Sewa &beli sendiri kos sama & lebih kurang je pon.) Jawapan saya untuk persoalan tu ialah investment untuk masa hadapan. Saya bukan saja2 beli habis macamtu saja tau. Barang2 kahwin tu semua saya akan sewakan balik nanti. At least bolehla cover kos2, penat lelah saya yang memang tak semua orang sanggup buat sebenarnya. Kalau tengok sewa kain dutchess complete set  di butik serendah RM950 tau. Sebab sewa mahal ialah upah menjahit memang beratus punyer, kain pun beratus jugak,sewa kedai lagi, kos itu kos ini..tats why la sewa mahal.Tapi berbaloi sebab puas hati dengan kualiti.

Saya cadangkan kalau u all nak beli songket2 cari kat depan masjid yang kat jalan TAR tu.then untuk kain dutchess cari dekat Semua house.Kena pandai tawar menawar. Selain tu barang kahwin dekat city one pun cantik & ada yang murah jugak. Survey2 la yer. :))

~~tak dapat nak display kain saya beli ..nanti tak suprise….:))( just simple but nice)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *